Buat permulaan ini, untuk pembelian pelanggan boleh datang terus, secara walk-in di tapak nursery kami di Jeli Kelantan. Setakat ini kami tidak membuat shipping atau penghantaran melalui pos (Jnt, Poslaju, Gdex), sebab utama kami menjual anak benih bersaiz besar, 2 kaki ke atas.


Proses packaging benih durian ini, sebenarnnya agak sukar di mana memerlukan bekas/kotak khas di samping memakan banyak tenaga dan masa, untuk setel proses packaging ini. Itu pun belum terjamin lagi anak pokok sampai elok ke tangan pembeli.

 

Disebabkan kekangan tenaga kerja dan logistik. Kami masih belum mampu menyediakan perkhidmatan sebegini buat masa ini. Mungkin pada masa hadapan, insya Allah ada.


Untuk pembelian dalam kuantiti yang besar, sekiranya pembeli tiada transport. Pihak kami akan urusan khidmat transport seperti pickup hilux atau lori. Di mana kos transport ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.