latarbelakang kami

Benihdurian.com adalah pendatang baru dalam industri durian negara khasnya bidang pembekalan benih durian premium. Ianya bermula sekitar awal Mac 2019, kami membuat kata putus beralih arah ke bidang ini, di mana sebelum kami membekal sistem pagar elektrik pertanian dan security.

Dengan latar belakang perniagaan sebelum ini turut libat sedikit banyak bidang pertanian, kami lihat potensi industri durian negara, salah satu bidang yang patut diceburi memandangkan ianya ‘long term games’ yang memberi win-win situation kepada semua pihak yang terlibat.

Zero tahun pertama 2019

Tahun pertama, macam biasa tahun untuk kenal apa itu nurseri, berbekal zero pengalaman dengan impian yang besar. Banyak mengajar kami, apa sebenarnya realiti industri nurseri anak durian. Nampak macam indah di luar, tapi yang nyata duka pahit di sebaliknya.

Memasuki tahun kedua, baru nampak serba sedikit hasil. Itu pun peratus anak benih yang terhasil agak rendah. Dengan skor bawah 20%, agak sukar. Pelan-pelan kayuh. Dengan perang Covid sepanjang 2019-2020, banyak merubah corak hidup masyarakat dan ekonomi seluruh dunia. Rakyat Malaysia turut terpalit sama, industri pertanian kembali dinilai sebagai satu bidang yang menjamin masa depan. Anak muda, mula beralih arah ke sini. Ini turut memberi sinar dalam industri durian.

Ada rakan² di bandar besar, mula melabur tebas tanam musang king di kampung halaman sebagai persediaan aset di hari tua.Ini dapat dilihat dari topografi pelanggan kami, 2020 di tahun kedua beroperasi hampir 90% pembeli kami adalah anak muda berusia bawah 40 an datang mendapat benih durian musang king & duri hitam di sini. Sedikit banyak itu soal kedua.

Ini ternyata jauh berbeza semasa trend getah & kelapa sawit mengila, sepanjang 2005 – 2015 rata pelanggan pagar elektrik berusia 50 tahun ke atas, ada sukar jumpa berusia 30 an ke bawah datang beli pagar karen nak buat kebun getah/sawit.

Ini satu indikator bagus bagi ekonomi di luar bandar besar.

Sinar tahun ketiga 2021

Tahun 2022, memasuki tahun ke-3 kami beroperasi. Saya yakin dengan industri durian negara walaupun kesan Covid memberi kesan besar khususnya pada input pertanian seperti harga racun dan baja melambung hampir 50 - 200%.

Kami dapat tingkat pengeluaran anak benih dari 200 anak pokok di tahun pertama beroperasi. Kini hampir sudah melebihi 2,000 pokok anak benih musang king tersedia dalam ‘ready stok’ bersaiz besar. 2 kaki ke atas. Apa yang membanggakan 100%  anak benih, kami usaha sendiri tanpa bawa masuk benih durian dari nurseri luar

Image
Tapak nursery kami

Tapak nursery kami

Tapak nursery durian kami terletak di laluan Jeli - Gerik. Ianya dapat diakses dari laluan timur barat, terletak di belakang politeknik Jeli. Pembeli boleh datang terus beli anak durian di sini.
Benih durian kami

Benih durian kami

Kami mengeluarkan benih durian terpilih berdasarkan permintaan terkini industri durian negara. Musang King, Duri Hitam, Tekka, Udang Merah, Udang Emas Kelantan, Monthong, Mas Muar/IOI.
Our Organic Fertilizer

Our Organic Fertilizer

We provider organic fertilize sutaible for durian plants especially at early growth period. The fertilizer sucess for growing Musang King breeding. Lot of durian orchards owner use this organic material to boost plant growing and enchaned fruits producing.
Image

FIRST KAHWIN
DURIAN

1st kami mula berlajar cantuman mata tunas musang king Mac 2019

2019

Image

OUR FIRST
ANAK DURIAN KAWEN

Kami menyambut 'anak sulung' durian kahwin ketika wabak Covid bermula

2020

Image

ANAK MUSANG KING
LARIS

Buat pertama kali dapat order 1,000 pokok anak durian musang king dari pelanggan tempatan untuk pasaran eksport

2021

Image

ENDEMIK
COVID-19

Bermula tahun endemik Covid-19, banyak melegakan kami. Ruang ekonomi bernafas kembali, melancarkan operasi nursery dan permintaan anak durian.

2022