Durian musang king trend, hobi & pelaburan
Durian.
Sebutan nama durian, semua akan teringat buah berduri yang masak bermusim ini. Menjadi kegilaan majoriti penduduk di asia tenggara. Jika dulu ramai sekadar suka memakan durian saja, namun sejak 5 tahun kebelakangan ini trend baru muncul bila ramai mula berminat menanamnya sendiri baik berjinak sekadar hobi atau lebih mendalam secara komersil.
Seperti mana tanaman komoditi lain, durian tidak terkecuali dengan pasang surut dalam industri ini. Dalam dekad, 90-an industri durian rancak dengan veriati D-24 menjadi sebutan disamping baka terpilih sedia ada dan baru seperti Udang merah, Mas muar @ IOI, tekka, D10. Malah baka dari negara jiran, Thailand seperti Monthong/Bantal Emas, Chenei & Tangkai panjang/ KanYon turut mendapat tempat di hati pekebun di negara ini. Sekitar akhir 90-an Industri durian memasuki fasa merundum/sunset industri di mana hasilnya kurang memberi pendapatan yang setimpal kepada pekebun, ini turut di sumbang dengan masalah utama, isu buah mengkal D-24 yang memeningkan pekebun.
Kesannya ramai pekebun beralih ke tanaman kelapa sawit yang lebih berbaloi. Trend ini saya lihat sendiri, di awal 2000 ketika berulang alik dari KL - Kelantan, ramai pekebun durian Pahang sekitar Raub, Bentong mula menukar dusun durian lama sedia ada kepada tanaman sawit. Hanya sebilang kecil saja, mengekal tanaman durian itu kebun tidak terurus sebaik sebelum ini. Ini diburukkan lagi dengan peningkatan harga getah bermula sekitar 2005, banyak kebun durian mula disodok diganti dengan anak getah klon KT tersohor ketika itu. Trend ini hampir paling ketara ketika 2008 hampir 70% kebun durian khususnya di tempat saya, Kelantan diganti dengan getah. Bayangkan harga getah mencecah hampir 6-7 ringgit sekilo berbanding dengan durian kampung tak sampai 50 sen sekilo.