Dalam tempoh ini, berbalik kepada situasi sekiranya kita tanam anak kahwin terus di kebun, contoh kita ambil benih durian siap kahwin standard besar sekitar 1 kaki setengah. Setahun pertama anak durian mungkin akan membesar capai sekitar 4-5 kaki tinggi. Tapi dengan syarat sistem pengairan di ladang yang cukup, pembajaan yang berkala dan jadual racun serangga/kulat sempurna.
Sekiranya tuan puan, sudah bersedia dengan sistem pengairan paip yang cukup di ladang, baik terus tanam anak kahwin. Ini dapat jawapan saya secara peribadi. Mungkin, kita keluarkan kos yang lebih untuk beli anak durian siap kahwin. Tapi dari segi kos baja dan racun sepanjang setahun pertama boleh kata kita tidak rugi. Ini belum masuk kos lain seperti menebas atau racun rumput.
Sekiranya tuan puan berniat untuk tanam anak penanti dulu lepas tu baru kahwin, tuan puan harus ambil kira kos yang saya sebut di atas bagi tahun pertama. Ini belum termasuk masa 8-12 bulan yang rugi sebegitu saja. Kerana apabila anak durian dikahwin balik, kebanyakan akan bermula seperti asal balik. Nak-nak kalau jenis kahwin rendah.
Tanam anak jawi susah mati ?
Ini antara alasan diberi kepada pekebun memilih untuk tanam anak durian kampung dulu. Dikatakan susah mati dan anak pokok lebih gagah. Bagi saya ada betul dan ada mitosnya. Baik mana-mana spesies durian, 3 elemen utama air, cahaya dan baja penting. Sekira kita, tak cukup mana satu pembesaran anak pokok akan terbantut atau mati. Element ke-4 yang amat penting, jadual racun serangga/kulat yang berkala. Mungkin mereka yang baru, tidak sedar penting penggunaan racun yang berkala bagi mengelak anak pokok durian mati di peringkat awal tanaman.
Baik pokok jawi, sekiranya berhadapan musim kemarau yang panjang. Banyak saya tengok pokok tetap mati juga. Cuma dapat jimas kos bajet anak di sini.
Masih minat tanam anak jawi jugak ? Boleh tiada masalah.
Tiada sistem pengaliran yang sempurna, tapi masih minat nak tanam durian. Tanam anak durian kampung sebagai penanti dulu, adalah pilihan terbaik untuk mereka yang kurang bajet atau baru nak belajar tanam durian. Ini kerana sekiranya anak durian mati, tak terasa sangat kos beli anak yang dikeluar. Anggap saja, sebagai yuran untuk belajar tanam durian.
Anda perlu bersabar sedikit 7-8 bulan, sebelum anak dikahwin dengan Musang King di ladang. Dan risiko kedua yang anda mungkin tanggung, ialah proses cantuman mata tunas tak berjaya. Kerana terdapat juga anak penanti yang degil & sukar untuk dikahwin, atau memerlukan proses yang berulang-ulang sehingga 3-4 kali baru lekat. Masa dan duit terbuang begitu saja.
Di harap gambaran ini, sedikit sebanyak membantu mereka di luar sana dalam membuat keputusan tepat berdasarkan situasi masing-masing.