Silap perancangan, duit pun hangus dan masa setahun dua terbuang begitu saja. Mungkin ramai menganggap tanam durian ini macam tanam getah dan kelapa sawit. Ianya tidak seperti anda mimpikan. Tanaman durian, agak cerewet memerlukan banyak modal dan masa berbanding getah dan sawit. Ini menyebabkan ramai kecundang di awal-awal lagi sebab guna sifir tanam getah & sawit bila nak tanam durian.
Cara terbaik tanam musang king
Antara cara terbaik bagi pendatang baru, yang kosong-kosong lagi dalam bidang ini. Anda tanam sikit-sikit dulu, cari ilmu dan kumpul pengalaman perlahan-perlahan. Sekiranya anda ada tanah 1 ekar, cuba tanam 10 pokok dulu bagi 2 tahun pertama. Anggap 'yuran' buat belajar. Masuk tahun ke-2, boleh tambah baki pokok selebihnya.
Kenapa saya syor sifir seperti di atas, sekiranya anda tiada pengalaman ini antara pendekatan terbaik buat yang baru hadir dalam industri ini. Nampak macam lambat gila aku buat duit balik kalau tanam sikit-sikit macam ini. Harus kita diingat, sekiranya tak berjaya modal tak banyak sangat hangus. Masa pun tak terasa rugi sangat.
Dengan bermula 10 pokok tadi, anda mampu sedia modal untuk pengurusan kebun secara optimum contoh seperti baja, racun serangga, racun kulat, sistem pengairan yang sempurna dan input² pertanian lain. Dan yang paling penting, masa. Anda boleh tumpukan masa sepenuh sebabnya dalam skala yang kecil. Nak menebas, meracun dan cuci kebun tak lah penat sangat. Senang cerita pengurusan kebun masih dalam kawal anda.
Harus diingat, kita semua masing² masih mempunyai kerja hakiki (baik cikgu, doktor, engineer, tukang rumah, peniaga dsb) jadi banyak masa perlu dihabiskan di sini.
Percaya 2 tahun, sekejap saja. Masanya amat singkat. Setelah kumpul pengalaman dan sedikit sebanyak ilmu tanam durian tu ada. Dari sini, anda sudah mempunyai keyakinan sekiranya ada perancangan untuk masuk ke skala komersil.
Orang kata - Kerana apa yang kita baca (tahu) tak akan sama dengan apa yang kita reti buat (faham)